Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

ANMS dan Hari Jantung Sedunia Negeri Kedah Disambut Meriah

By 21 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 21 Ogos  (Malaysiaaktif) – Kira-kira 600 orang telah hadir menjayakan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2022 dan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Serdang di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman berharap orang ramai mengambil berat aspek kesihatan dan perlu dipelihara agar tahap kesihatan sentiasa terjaga.

Menurut Dr. Mohd Hayati penyertaan semua pihak sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana setiap orang mempunyai peranan masing-masing.

“Saya berharap program jelajah ANMS ini dapat menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.

“Semoga penglibatan semua pihak seperti agensi kerajaan mahupun swasta  serta rakyat amat perlu bagi memastikan perlaksanaan ANMS ini dapat dijalankan secara menyeluruh,” katanya lagi.

Dalam majlis yang sama Dr. Mohd Hayati Othman juga sempat melekatkan jalur gemilang  pada kenderaan-kenderan jabatan kerajaan sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan serentak sempena jelajah ANMS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda