
Laporan/foto: Ahmad Yaacob (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Muslimin Yahya menyeru semua lapisan rakyat bersama mengamalkan gaya hidup sihat bagi menzahirkan badan sihat dan keluarga bahagia.
Katanya rakyat Malaysia seharusnya tidak leka dengan jangkitan COVID-19, walaupun kerajaan telah mengistiharkan negara telah berubah dari fasa pandemik kepada fasa peralihan ke endemik.
“Saya menyeru kepada semua lapisan rakyat bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat kerana keluarga yang sihat sudah tentu mampu melahirkan sebuah keluarga yang bahagia,” katanya
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Pekarangan Stadium Sungai Besar, hari ini.
Menurutnya ANMS telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
-ZS-