Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Khabar Gembira Warga Padang Terap

By 3 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ku Sham/Syafiq Saad (Padang Terap)

PADANG TERAP, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di negeri Kedah semalam dengan menghadiri ‘Kenduri’ Rakyat Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang.

Beliau tiba sekitar pukul 11.15 pagi diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, kerajaan telah membangunkan projek berimpak tinggi nasional dan taman perindustrian berasaskan produk getah yang dikenali sebagai projek Kedah Rubber City (KRC).

“Pembangunan ini telah berjaya menarik kemasukan pelaburan swasta berjumlah RM3 bilion dan akan mewujudkan sebanyak 6 ribu peluang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya lagi, laluan jalan raya empat lorong bermula dari Pokok Sena sehingga Durian Burung akan diwujudkan demi merancakkan ekonomi di Daerah Padang Terap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda