Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Anak Penyu Dilepaskan untuk Memulihara Hidupan Marin daripada Kepupusan

By 25 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 200 ekor anak penyu dilepaskan ke laut sempena Program Pelepasan Anak Penyu di Pantai Seberang Pintasan, di sini baru-baru ini m dalam usaha memulihara hidupan marin berkenaan daripada mengalami kepupusan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata program yang julung kali diadakan atas persepakatan penduduk kampung itu bertujuan memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga habitat penyu.

“Diharapkan program sebegini menjadi motivasi kepada semua pihak terutama pelancong dan nelayan agar sayangkan haiwan reptilia unik yang semakin terancam ini,” katanya.

Seorang penduduk Aziahwati Abdullah, 48, berkongsi rasa teruja apabila dapat melihat sendiri kepayahan anak penyu yang masih kecil dilepaskan ke pantai.

“Ini adalah pengalaman pertama saya dan anak-anak dalam program seperti ini,” ujarnya yang turut terlibat dengan aktiviti membersih pantai dan mendengar penerangan ringkas mengenai kepentingan penyu kepada ekosistem.

-ZS-

Tinggalkan komen anda