
Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Dalam usaha membina sebuah bangsa merdeka, masyarakat mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kemerdekaan Negara sentiasa dipelihara dengan nilai-nilai murni terutamanya dari gejala fitnah dan berita tidak benar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Senaling Dato’ Adnan Abu Hassan fitnah masa kini sentiasa di hujung jari khususnya media sosial, maka kebijaksanaan pengguna yang dipandu dengan jiwa kemerdekaan yang baik akan sentiasa memastikan budaya ini tidak membarah dalam masyarakat.
“Keadaan ini perlu diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sebagai agensi pendidik maklumat secara bersemuka agar masyarakat sentiasa dipandu kebenaran sesuatu isu itu bagi mengelakkan masyarakat terperangkap dengan pemahaman sendiri,” ujar beliau semasa ditemui dalam program Merdeka@Komuniti Temeris, di sini baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya taklimat isu semasa, memasak bubur dan penyerahan Jalur Gemilang kepada komuniti setempat.
-ZS-