Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lebih 5000 Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Negeri Sembilan

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suhaidiah Sulim/KhairulNizam Mohd Yunus (Seremban)

SEREMBAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2022 Peringkat Negeri Sembilan disambut meriah dengan kehadiran orang ramai pada awal pagi untuk bersama-sama menyaksikan perarakan tersebut.

Menurut seorang pengunjung Cik Nalissa, 22, beliau dan keluarga berasa teruja dapat melihat sendiri acara perbarisan dan perarakan.

“Setelah dua tahun tidak dapat melihat secara fizikal sambutan Hari Kebangsaan, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Saya rasa bangga menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.

Lebih 5000 orang peserta menyertai perarakan melibatkan 81 kontinjen dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli ke sambutan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda