
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 591 orang graduan Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) daripada sesi Disember 2018 sehingga sesi 1 2021/2022 menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, semalam.
Nurul Atika Ambak, 34, merupakan salah seorang daripada tiga orang pelajar yang menerima Anugerah Pengarah berkata, beliau bersyukur dapat membahagikan masa antara pengajian dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada empat orang anaknya.
“Saya perlu bijak mengatur masa dan akan menguruskan keperluan anak-anak terlebih dahulu barulah saya boleh mengulangkaji pelajaran. Keluarga juga berperanan penting memberi motivasi untuk saya terus cekal dan berjaya,” katanya.
Pengarah PMJB, Azirin Aziz, berkata bahawa kumpulan graduan ini menunjukkan pencapaian yang cemerlang melebihi 90 peratus kebolehpasaran graduan.
Ketiga-tiga pelajar yang terpilih menerima Anugerah Pengarah tersebut turut menerima wang tunai sebanyak RM500 setiap seorang.
-ZS-