Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gunung Ledang Bakal Menjadi Tarikan Pelancong ke Tangkak

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto:  Mohd. Yusof Hj. Abd. samad

TANGKAK, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai hampir 1800 orang dari pelbagai kaum dan peringkat usia membanjiri Dataran Ledang bagi Majlis Perasmian Penutup Festival Amazing Tangkak, malam tadi.

Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy disambut dengan paluan muzik dari kaum Cina dan India dan diikuti oleh tarian Zapin dari Kaum Melayu.

Menurut Raven, “Gunung Ledang akan dinaik taraf oleh kerajaan Johor bagi menggalakkan pelancongan khususnya di daerah ini. Hal ini turut disokong kuat oleh Menteri Besar Johor agar menjadi kenyataan dengan segera,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya lagi, makanan dan minuman di daerah ini mempunyai keenakan tersendiri malah mampu menarik pelancong luar untuk datang ke daerah ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Johor, Khairin Nisa, Adun Gambir, Penyelaras DUN Tangkak dan pemimpin-pemimpin masyarakat daerah ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda