Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

CDERT Barisan Paling Hadapan Dalam Pengurusan Bencana

By 15 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) akan menjadi barisan paling hadapan di peringkat komuniti apabila terjadinya bencana.

CDERT akan dianggotai dan dipimpin oleh masyarakat tempatan bagi memudahkan segala gerak kerja dan arahan diterima oleh sukarelawan dan mangsa yang terlibat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dr. Norhafifi Ismail dalam ucapannya di Majlis Perasmian CDERT Parlimen Hulu Langat menyatakan bahawa peranan CDERT amat penting sebelum bantuan-bantuan lain tiba daripada agensi-agensi kerajaan. Bantuan awal amat diperlukan oleh semua mangsa bagi menghadapi pasca bencana.

“CDERT akan membantu dalam usaha meminimakan kemalangan jiwa daripada berlaku kerana mereka telah dilatih untuk memberikan bantuan kecemasan dan CPR. Mereka juga akan bertugas di pusat-pusat penempatan sementara untuk memudahkan urusan pentadbiran diri mangsa-mangsa bencana,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis pelancaran di Dewan Serbaguna Sg. Lui itu adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

-ZS-

Tinggalkan komen anda