Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Semangat Patriotisme Warga Hospital Tuanku Jaafar

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suhaidiah Sulim (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dianjurkan oleh Unit Perpustakaan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini menyaksikan sambutan yang luar biasa dari warga Hospital berkenaan

Menurut Ketua Juri, Puan Norhayati Shamsu Anuar, “Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sentiasa memberi kerjasama kepada semua Jabatan dan Agensi yang memerlukan khidmat nasihat dalam apa jua program bagi menyemarak semangat Patrotisme”.

“Pertandingan pada hari ini bukanlah sekadar menyanyi tetapi yang penting penghayatan lirik dalam lagu patriotik yang boleh menyemarak semangat patrotisme, ujarnya ketika ditemui, di sini pagi tadi.

Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang terdiri dari pelbagai jawatan. Antaranya Pegawai perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda