
Laporan/foto: Nik Faizul Nik Rahmat
JELI, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jeli 2022 yang telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapha Mohamed di Dataran Ilmu Bandar Jeli baru-baru ini meriah dengan penyertaan belia dan masyarakat setempat.
Menurut Yang Dipertua Majlis Belia Mohd Azdi Mohd Nasir penglibatan dan sumbangan generasi muda sangat diperlukan dalam memperkukuhkan semangat kesukanan serta kerjasama antara mereka.
“Antara pengisian program ialah pameran agensi kerajaan, senamrobik, cabutan nombor bertuah, persembahan dikir barat dan lain-lain.
“Program ini disertai oleh pemimpin setempat, pelajar dan belia di sekitar Daerah Jeli,” katanya.
-ZS-