Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Usia Bukan Penghalang Juarai Kejohanan Berbasikal

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Program Kayuhan Sihat Karnival Rakyat Wakaf Bharu yang berlangsung secara santai sejauh 30 km di padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu di sini baru-baru ini telah menobatkan Bijuri Mohamed bagi kategori peserta paling veteran.

Menurut Bijuri, 73, beliau merasa terharu dan bangga menerima hadiah tersebut

“Usia 73 tahun bukanlah penghalang besar untuk berjaya menamatkan kayuhan 30 km secara santai, asalkan ada kemahuan, di situ ada jalan.

“Sukan berbasikal ini sudah sebati dengan diri saya sejak muda lagi. Alhamdulillah sehingga kini saya tidak mempunyai sebarang penyakit serius,“ katanya lagi.

Bagi Siti Nor Syahirah Mohd Saufe, 20, beliau memanfaatkan cuti hujung minggu dengan mengajak abang dan kakaknya seramai tiga orang untuk menyertai acara berbasikal ini

“Seronok sangat boleh berbasikal secara santai dengan adik-beradik di samping dapat berkenalan dengan paserta lain.

Acara perlepasan disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Haji Izani Husin yang turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru Mohd Rusli Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda