
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)
SELAMA, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Pelbagai aktiviti disusun bagi menggelorakan kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara, peringkat Daerah Selama di Padang Awam Majlis Daerah Selama, di sini baru-baru ini.
Istimewa kali ini, program dibuat serentak dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan setelah dua tahun tidak berpeluang menyambutnya secara fizikal akibat dari pandemik COVID-19.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama, Suriati Mat Daud, Senamrobik Merdeka antara acara yang berjaya menarik penyertaan ramai khususnya golongan belia yang aktif membudayakan amalan gaya hidup sihat.
“Turut diadakan pertandingan ‘Explorace’, ‘plogging’ antara sekolah dan acara klinik memanah untuk peminat-peminat sukan memanah atau sesiapa yang ingin mencuba sukan tersebut,” tambahnya lagi.
-ZS-