
Penulis/foto: Noorsiah Mahmud
PUTATAN, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Ikan liking Brunei yang merupakan antara makanan tradisi masyarakat Brunei kini boleh didapati di pasar raya Bataras seluruh Sabah.
Pengusaha produk ikan liking, Surnati Basman berkata beliau memulakan perniagaannya dari rumah semasa pandemik Covid-19 melanda negara.
“Dengan bantuan dana yang diterima daripada pihak Jabatan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), kini saya dapat membeli mesin untuk meningkatkan pengeluaran produk dan mengembangkan perniagaan ini.
“Selain itu, sambutan menggalakkan yang diberikan masyarakat membolehkan saya membuka kedai yang terletak di Putatan,” kongsinya ketika ditemui media dalam Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah.
-ZS-