
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Kampung Tanjung Adang dalam DUN Kota Iskandar telah dipilih untuk mewakili Daerah Johor Bahru sempena Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor Tahun 2022.
Menurut Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Haji Abdul Rahman Salleh berkata, kampung ini dipilih kerana merupakan kampung tradisi dan sejahtera di Mukim Tanjung Kupang yang mempunyai penduduk seramai 600 orang melibatkan 120 rumah.
“Fasiliti di kampung ini sangat lengkap dan sempurna. Istimewanya kampung ini adalah perusahaan IKS dan restoran makanan laut yang diusahakan oleh penduduk kampung sendiri. Juga golongan belia bergiat aktif dalam pelbagai bidang. Di samping itu, tarian zapin juga merupakan ikon kampung ini bagi mengekalkan kebudayaan di negeri Johor” katanya ketika berucap di Perkarangan Balai Komuniti Kampung Tanjung Adang, Gelang Patah, semalam.
Turut hadir, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, Penghulu Mukim Tanjung Kupang, Mohamad Faiz Mohd Pandi, Panel Juri dan penduduk kampung.
-ZS-