Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kebersihan Bermula dengan Kita Sendiri

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir

BATU PAHAT, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Program Gerak Mesra Johor Bersih 100 Hari adalah kempen kesedaran menjaga kebersihan persekitaran secara berterusan di seluruh kawasan Majlis Perbandaran dan kawasan Mukim di seluruh negeri Johor.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Zon 4 Lim Sey Ken kebersihan bermula dari diri kita sendiri seterusnya keluarga dan membawa kepada komuniti.

“Persekitaran sifar sampah memberi kebaikan kepada alam sekitar iaitu air tidak tersumbat, tidak berlaku banjir dan tiada pembiakan nyamuk aedes.

“Adalah menjadi hasrat semua pihak untuk melihat kawasan ini menjadi kawasan yang bersih dan indah tercapai,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Terbuka Jalan Talib Abu, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semerah Mohd Fared Mohd Khalid dan Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat Karim Abu Bakar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda