Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kebersihan Tanggungjawab Bersama

By 25 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)/FB MPJ

JASIN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menganjurkan Program Taman Nyalas Bersih dan Sihat sempena ‘World Clean Up Day 2022’ yang berlangsung di Taman Komuniti Nyalas Baru, di sini baru-baru ini.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan Fairul Nizam Roslan, dengan adanya program ini ianya tentu dapat mendidik komuniti setempat bekerjasama dengan masyarakat untuk menjaga alam sekitar.

“Ia juga bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, indah dan sejahtera,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda