
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Faisol Abdullah
PAPAR, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Dengan hanya mengayuh basikal, Faisol Abdullah, 26, dari negeri jelapang padi nekad mengembara di seluruh Sabah selepas mengakhiri kembaranya di Sarawak yang bermula pada Februari dan memasuki Sabah pada 12 Ogos lepas.
Menurutnya, ia memberi peluang untuk dia melihat sendiri keadaan di negeri ini secara lebih dekat.
“Kesempatan berada di setiap daerah membuka mata saya terhadap keunikan budaya, keindahan muka bumi serta bertegur sapa dengan penduduk di sini.
“Saya juga berasa sangat terharu dengan kemesraan penduduk Sabah apabila ada yang menawarkan tempat bermalam di rumah mereka,” katanya ketika ditemui media di Kimanis, baru-baru ini.
Tambah beliau, sepanjang pengembaraan, dia dibawa penduduk kampung ke bagang serta menyelusuri panorama kelip-kelip di Bongawan.
-ZS-