Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sri Gading Dinaiki Air

By 14 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Pelapor/foto: Noor Hidayah Mohd Izam

BATU PAHAT, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang mangsa banjir melibatkan lebih 70 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading, pagi ini.

Banjir yang melibat Kg Sri Tanjong, Kg Sengkuang, Kg Sri Gading dan Taman Sri Panchor di bawah Parlimen Sri Gading berlaku dengar pantas apabila air mula naik ke dalam rumah seawal jam 5.00 pagi akibat hujan lebat lebih 2 jam dan fenomena air pasang besar.

Ketua Kampung Sri Gading, Sharuddin bin Abu Bakar yang dihubungi menerusi panggilan telefon berkata, “setakat ini jumlah mangsa semakin bertambah di PPS kerana fenomena air pasang besar yang menyebabkan aras air semakin naik.”

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa yang terlibat dengan Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat juga telah bersiap siaga menghadapi bencana ini dan menguruskan mangsa banjir dengan sebaik mungkin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda