
Laporan/foto: Siti Hajar Kamis (Seremban)
SEREMBAN, 15 Sept (Malaysiaaktif) ā Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) @ MYAGEING dan Komuniti Keluarga Malaysia telah menganjurkan program taklimat isu semasa bersama ahli PAWE Wakaf Pak Ngah Atan Seremban dengan menjemput Puan Fauziah Abdullah Pegawai Penerangan Daerah Seremban bagi menyampaikan taklimat tentang kesedaran ancaman jenayah siber.
Fauziah Abdullah, 39, menasihatkan agar berhati-hati dalam mendedahkan sebarang maklumat mengenai akaun bank serta jangan mudah terpedaya tanpa usual periksa.
āPeriksa dan semak dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi, gunakan platform rasmi yang telah kerajaan sediakan bagi buat semakan serta sentiasa berhati-hati sebelum buat keputusan untuk memindah wangā katanya dalam taklimat yang disampaikan di sini hari ini.
-ZS-