Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Layar Bestari Leftenan Adnan Pamit Nostalgia

By 5 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)

IPOH, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Tayangan Layar Bestari filem Leftenan Adnan sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Kepayang raih sambutan hangat apatah lagi dengan kehadiran pelakon utamanya Hairie Othman, di Padang Awam Taman Mesra Raia, di sini pada Sabtu.

“Suatu ketika tayangan wayang pacak kerap dilihat di kampung dan estet malah saya percaya program ini masih mendapat sambutan apabila melihat ramai generasi muda hadir menyaksikannya.

“Pemilihan filem Leftenan Adnan pada malam ini juga tepat kerana dapat mengembalikan nostalgia wayang pacak selain menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan negara demi mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Hairie turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur dan Pejabat Penerangan Derah Kampar yang mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula tayangan Layar Bestari di Parlimen Gopeng.

-ZS-

Tinggalkan komen anda