
Masyarakat Diseru Sertai Program Pembangunan Keluarga Lestari Alam Sekitar
Laporan/foto: Zayana Isa
KUANTAN, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat hari ini digalakkan untuk turut serta dalam program Pembangunan Keluarga Lestari Alam Sekitar bagi mengekalkan kesejahteraan dan kemampanan alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang Dato’ Rahim Muda berkata, penglibatan komuniti dan masyarakat setempat amat penting bagi memastikan program ini berjaya.
“Saya menyeru kepada semua komuniti untuk bekerjasama dengan agensi yang terlibat seperti SW Corp, Alam Flora dan persatuan-persatuan berkaitan untuk menjayakan program kelestarian alam sekitar,” katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Keluarga Lestari Alam Sekitar, di sini hari ini.
Dalam program ini, seramai 10 keluarga daripada KRT PASDEC Damansara terpilih sebagai projek perintis program ini dalam menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan.
-ZS-