Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

35 Pelajar Bidang Hospitaliti Jalani Latihan Industri di Qatar

By 24 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Kolej Komuniti Selayang

SEPANG, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 35 pelajar bidang hospitaliti politeknik dan kolej komuniti bakal menjalani latihan industri di Holiday Villa Doha, Qatar.

Program selama tiga bulan bermula Oktober sehingga Disember itu sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung November ini.

Mereka terdiri daripada 16 pelajar Sijil Pastri, Kulinari dan Operasi Perhotelan dari Kolej Komuniti Selayang, tujuh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dari Politeknik METro Kuala Lumpur dan lima pelajar Sijil Seni Kulinari dari Langkawi Tourism Academy-Kolej Komuniti.

Turut terlibat adalah tiga pelajar Sijil Kulinari dan Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Chenderoh, dua pelajar masing-masing dari Diploma Pengurusan Resort Politeknik Kota Kinabalu dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin serta empat orang alumni Sijil Kulinari Kolej Komuniti Sungai Petani.

Pelajar Program Kulinari Kolej Komuniti Selayang, Anis Aliyana Farhah Yusairi Amit, berkata peluang yang diberikan ini adalah sekali seumur hidup.

“Pengalaman ini akan membina kerjaya saya dalam bidang kulinari pada peringkat yang lebih tinggi serta merealisasikan cita-cita menjadi seorang Chef yang dikenali,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda