
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Sistem pemeriksaan penumpang yang keluar masuk di Terminal Feri Labuan akan ditambah baik dan diperketatkan untuk menjamin keselamatan pengguna.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin perbincangan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri mendapati terdapat pihak yang menyalahgunakan laluan keluar masuk Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan Terminal Feri Ro-Ro Labuan.
“Kita ingin pastikan penumpang yang melalui kawasan ini terutamanya bagi bukan penduduk Sabah dan bukan warganegara diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia.
“Peruntukan RM200 ribu telah diluluskan bagi mempercepatkan penambahbaikan kemudahan kaunter Imigresen dan laluan khas bagi penduduk Negeri Sabah,” katanya selepas melakukan lawatan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Terminal Feri Ro-Ro Labuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, semalam.
-ZS-