Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘Kubong Night Run’ Semarakkan Semangat Hari Malaysia Dalam Kalangan Komuniti

By 11 September 2022September 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/JPKK Lubok Temiang (Labuan)

LABUAN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – ‘Kubong Night Run’ anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubok Temiang berjaya membangkitkan semangat sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 September ini.

Menurut Pengerusi JPKK Kampung Lubok Temiang, Awangku Sazali Pg Salleh, larian sejauh tujuh kilometer itu berjaya menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam komuniti melalui program yang menyihatkan.

“Seramai 61 peserta terlibat menjayakan program ini dan para penduduk kampung di setiap blok juga turun memberi sokongan kepada semua peserta di sepanjang laluan yang terlibat,” katanya selepas ditemui pada program itu semalam.

Acara pelepasan program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda