
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)
TRONG, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Konvoi Merdeka Cikgu Milah menyaksikan penyertaan 100 orang termasuk pemimpin sukarelawan tempatan dan belia.
“Konvoi ini diadakan demi menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
“Bagi menjayakan misi ini juga, kami berkesempatan singgah di beberapa buah surau dan masjid sekitar Mukim Trong untuk melakukan aktiviti membersihkan rumah ibadat itu,” kata ADUN Trong, Jamilah Zakaria yang amat dikenali sebagai Cikgu Milah.
Jamilah yang pernah bertugas sebagai guru berkata, peserta konvoi juga sempat melakukan ziarah kasih sambil mengedar Jalur Gemilang kepada penerima bantuan Ziarah Kasih Cikgu Milah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di sini, pada Sabtu.
-ZS-