Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pendakian Merdeka Bukit Kolong

By 10 September 2022September 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norma Mohd Noor/Siti Nor Aishah (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh telah menganjurkan Pendakian Merdeka@Komuniti Bukit Kolong, Tepoh, dekat sini baru-baru ini.

Seramai 200 orang terlibat dalam program yang terdiri daripada 80 pelajar Universiti Malaysia Terengganu dan penduduk kampung yang begitu teruja dengan pendakian ini.

ADUN Tepoh Hj. Hishamuddin Abdul Karim berkata program pendakian tersebut sangat bagus dilaksanakan disamping menanam semangat cintakan negara dan Jalur Gemilang  dalam kalangan pelajar-pelajar.

Pelbagai acara sampingan diadakan, antaranya, pertandingan gambar tercantik, senamrobik dan pemasangan Jalur Gemilang di puncak Bukit Kolong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda