Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pendidikan Kanak-kanak Rohingya Keutamaan Kerajaan

By 5 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan memberikan keutamaan dari segi pelajaran kepada kanak-kanak pelarian Rohingya yang berada di negara ini berbanding perkara-perkara lain yang dihadapi mereka.

Krisis keamanan yang berlaku di Myanmar tidak seharusnya membuatkan kanak-kanak ini tercicir dalam usaha untuk mendapatkan ilmu demi menjamin masa depan yang lebih baik.

Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Saifuddin Abdullah dalam sidang media ketika lawatannya ke Rabbaniyah Educare memberitahu bahawa terdapat sebanyak 48 buah pusat pendidikan untuk kanak-kanak Rohingya berada dalam negara ini.

“Rabbaniyah Educare merupakan salah satu daripada pusat pendidikan yang menggunakan dana NGO dan persendirian bagi membiayai kos operasi mereka. Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada sukarelawan dan pekerja separuh masa,” katanya lagi.

Mengakhiri sidang media, Saifuddin memberitahu bahawa tiada wang pembayar cukai atau peruntukan daripada kerajaan digunakan bagi membiayai operasi pusat-pusat pendidikan ini.

Kerajaan juga berusaha sebaik mungkin mendapatkan dana daripada negara-negara Islam yang lain seperti Qatar bagi membantu pelarian ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda