
Laporan/foto: Safik Effendi (Sarawak)
KUCHING, 26 Sep (Malaysiaaktif) ā Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg hadir merasmikan Majlis Pelancaran IBET Sarawak yang diadakan di Dataran Perayaan, Petra Jaya, dekat sini pagi tadi.
āKerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif buat julung kali dengan menubuhkan āImmune Belt Enforcement Teamā (IBET) sebagai langkah awal dalam menangani penularan wabak rabies di Sarawak.
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat maka kita perlu mengambil tindakan proaktif dan efektif walaupun berbentuk tidak konvensional bagi mencegah wabak rabies ini,ā kata Abang Johari.
-ZS-