Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ilham Seni@Kampar Daya Tarikan Terkini Daerah Kampar

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorhayati Ab Aziz (Kampar)/Tourism Perak

KAMPAR, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Ilham Seni@Kampar menjadi tarikan terkini pelancongan Daerah Kampar di bawah Program beYoutiful@KAMPAR dalam mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan di daerah ini khususnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi Ilham Seni@Kampar yang berinspirasikan tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan industri telah disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak yang mengambil masa selama lapan minggu bermula 21 Disember 2020 sehingga 16 Februari 2021.

“Menariknya, lokasi ‘focal point’ mural yang berada di laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Gopeng-Menara Jam-Taman Muhibbah-Pusat Rekreasi Kampar dipilih bagi mewujudkan konsep KAMPAR TRAILS di Pekan Lama Kampar,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Logo Pelancongan Kampar dan Ilham Seni@Kampar, di sini pagi tadi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda