Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PerantiSiswa Initiatif Kerajaan untuk Kecemerlangan Siswa Sarawak

By 20 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Judy Henry/Chua (Sarawak)

KUCHING, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 411 pelajar Institut Pendidikan Guru yang (IPG) bertempat di IPG Kampus Batu Lintang, di sini pagi tadi.

“Inisiatif kerajaan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar sepanjang proses pembelajaran serta menjadi pemangkin semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang,” katanya.

PerantiSiswa ini merupakan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) selaku kementerian peneraju dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terdahulu seramai 7,400 permohonan PerantiSiswa daripada para siswa golongan B40 di Sarawak telah diluluskan oleh pihak K-KOMM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda