Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Taman Jubli Bukit Aup Tarikan Pelancongan Bandar Sibu

By 20 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

SIBU, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Taman Jubli Bukit Aup yang terletak 10 km dari bandar Sibu dahulunya pernah menjadi pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan Taman Awam pada tahun 1998.

“Bukit Aup ialah gugusan bukit rendah seluas 24 ekar dengan menara tinjau yang menawarkan pemandangan ladang, rumah panjang dan Sungai Igan di sekitarnya.

Suasana udara yang bersih serta keindahan lanskap boleh menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi bandar Sibu,” kata Lee Dat Chen, 39, penduduk tempatan yang memilih taman ini untuk aktiviti riadah bersama keluarga pada hujung minggu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda