Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perpustakaan Penampang Anjur Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

By 8 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned Ibrahim

PENAMPANG, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Cawangan Penampang menganjurkan aktiviti sempena cuti sekolah untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Aktiviti yang diadakan selama enam hari bermula 5 September itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Pegawai Perpustakaan Cawangan Penampang, Doretty Sikuat berkata aktiviti seperti ‘WII Games’, tayangan filem, pewarna pasir, mewarna beg, membuat ‘decoupage’ serta aktiviti mewarna dan kraf adalah sangat baik sebagai salah satu cara anak-anak mengisi waktu cuti sekolah.

“Setelah sekian lama kanak-kanak kita ini tidak dapat melakukan aktiviti kerana pandemik COVID-19, ini adalah satu program yang memberi ruang kepada mereka untuk memulakan aktiviti yang menyeronokkan yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Tambah beliau pihak perpustakaan juga tidak menyangka acara pewarna pasir yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan menggalakkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda