Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Roti Keramat Binjai Tarik Pelanggan ke Kampung Buluh

By 8 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Keunikan roti keramat Binjai yang menjadi menu utama Kedai Roti Binjai Legend, Kamoung Buluh, Kuala Berang di sini menjadi kegemaran pelanggan termasuk dari luar negeri Terengganu.

Menurut pemilik kedai Mariam Sulong, 59, perniagaannya yang bermula pada 2004 mula tular dengan roti binjai sejak 2018.

“Biasanya saya mampu menjual sehingga mencecah sekitar 200 hingga 350 biji roti binjai sehari.

“Bagi mengekalkan kerangupan roti berkenaan, ia hanya digoreng selepas pelanggan membuat pesanan,” katanya.

Menurut seorang penggemar roti berkenaan Ahmad Idris, 57, rasa roti keramat binjai ini walaupun isinya seperti kosong tetapi cukup sedap dan rangup apabila dimakan panas-panas dengan kuah gulai atau kari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda