Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pertandingan Kolam Hidupkan Sambutan Hari Kebangsaan

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution

Jempol, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Kolam Rangoli (kolam berwarna warni) sinonim dengan masyarakat India, namun kini masyarakat daripada pelbagai bangsa, terutamanya Melayu mula mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Kolam sempena Program Ambang Merdeka Parlimen Jempol, di Felda Raja Alias 2, di sini baru-baru ini.

Menurut salah seorang peserta Nurazlia Bachik, 38, pertandingan yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini menjadi platform terbaik mempromosikan kebudayaan dan seni yang menonjolkan identiti Malaysia selain menghidupkan sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Kolam dihasilkan menggunakan tepung beras berwarna-warni untuk menonjolkan corak mengikut tema pertandingan.

“Selain kepercayaan ia membawa aura positif dan dapat menghindarkan dari nasib malang, seni tradisi daripada selatan India dalam bentuk hiasan ini dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berlainan kepercayaan dan agama,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda