
Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)
GOPENG, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Malaysia dengan pelbagai program berbentuk kemerdekaan mampu memperlihat keunikan tradisi semua kaum yang ada di negara ini.
Ketua Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kopisan Baru Saravanah Karuppanan berkata masyarakat India juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan ini dengan mengketengahkan tradisinya iaitu seni kolam.
“Keunikan kolam dihasilkan dalam pelbagai reka bentuk dan warna yang mencerminkan penyatuan dan kegembiraan malah tidak dapat dinafikan ia adalah tradisi turun-temurun masyarakat India.
“Inilah keindahan masyarakat India yang dapat dilihat melalui sokongan terhadap pertandingan melakar kolam dan besar harapan saya agar lebih banyak program di bawah KKM dapat menyerlahkan lagi tradisi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya ketika ditemui sempena Program Merdeka@Komuniti KKM Kopisan Baru di Dewan Kuil Arulmigu Muthu Mariamman, di sini semalam.
-ZS-