Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Raikan Kepelbagaian sebagai Pengikat Sesama Kita

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan masyarakat ditonjolkan melalui persembahan Paluan Kompang, Tarian Singa dan Tarian Koolattam ketika meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 peringkat daerah Batu Pahat.

“Raikan kepelbagaian yang ada kerana itu adalah keunikan kita. Perkukuhkan toleransi serta hormat- menghormati agar perbezaan bukanlah jurang pemisah tetapi pengikat sesame kita,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon yang mewakili Menteri Besar Johor ketika berucap dalam majlis tersebut.

Kemeriahan sambutan kemerdekaan pada tahun ini amat dirasai memandangkan dua tahun tidak meraikan secara besar-besaran akibat pandemic COVID-19.

Lebih 2,000 masyarakat setempat hadir dalam yang diadakan di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda