
Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang pesara sektor kerajaan di Jelebu hadir pada majlis “Santuni Pesara, Sanjungi Negara di Kompleks PERKIM Kuala Klawang bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Mereka terdiri daripada bekas guru,bekas tentera,jururawat dan dari pelbagai cabang sektor kerajaan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias yang merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.
Semasa di temui Jalaluddin Alias mengatakan,”mereka yang dihadapan saya inilah yang memainkan peranan dalam mencorak dan melaksanakan segala dasar-dasar kerajaan sejak dari negara kita merdeka, saya mengucapkan syabas dan terima kasih atas khidmat bakti kerana membantu memajukan negara”.
Antara pengisian pada majlis ini adalah upacara menaikkan Jalur Gemilang, deklamasi puisi sajak dan penyampaian penghargaan kepada pesara yang masih menabur keringat demi negara.
-ZS-