Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Walimatul Urus Perdana Marang Rai 24 Pasangan Pengantin

By 18 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris/Pejabat Daerah Marang

MARANG, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun program Walimatul Urus Perdana Parlimen Marang ditangguhkan berikutan wabak pandemik COVID-19, ia diadakan semula pada 17 September laku bertempat di Dewan Majlis Daerah Marang dan mencipta sejarah meraikan 24 pasangan pengantin bagi daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata program ini bertujuan membantu keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan bagi pasangan yang terpilih.

“Bagi pengantin yang terdiri daripada ibu atau bapa tunggal layak menerima insentif sebanyak  RM1000 setiap seorang. Manakala pasangan belia akan ditawarkan dengan Skim Pinjaman Modal Perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya Diri (PJD) dengan jumlah maksimun RM20,000 kepada yang berminat dan layak,” katanya selepas merasmikan program tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Kawasan Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda