
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 23 Sep (Malaysiaaktif) – 19 agensi majikan sektor awam dan swasta di negeri Melaka telah diberi pengiktirafan atas usaha melaksanakan kewajipan berzakat melalui Penyertaan Skim Potongan Gaji Zakat 2021 dalam Majlis Anugerah Majikan Sektor Awam dan Swasta 2021 Bersama Ketua Menteri Melaka, di sinibqru-baru ini.
Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana telah berjaya mengutip zakat harta dan fitrah sejumlah RM106 juta sepanjang tempoh 31 Disember 2021 dan mengagihkan RM97.8 juta dana zakat kepada golongan asnaf melalui pelbagai skim dan program agihan dari Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Tahniah diucapkan kepada agensi yang telah berjaya melaksanakan satu perkara yang wajib serta satu pencapaian yang membanggakan daripada semua pihak sebagai pembayar zakat yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam melunaskan tanggungjawab menyelesaikan zakat masing-masing,” tambah beliau.
-ZS-