
Laporan/foto: Mohd Firdauf/Basharudin Md Yasin
JERANTUT, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Kesihatan mental amat penting dalam usaha mencegah bunuh diri.
Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut Dr. Amir Faisal kesihatan mental yang baik dapat mengelakkan kejadian ini daripada berlaku.
“Justeru, program yang dianjurkan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya yang ditemui di majlis Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2022 Peringkat Negeri Pahang, baru-baru ini.
Program ini yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi Jerantut dapat memberi kesedaran kepada kepentingan kesihatan mental seawal usia remaja lagi.
-ZS-