Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

781 Kilogram Sampah Dikutip Sempena Program ‘Beach Cleanup’ Pantai Cunang

By 25 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Klang)/Jabatan Laut Malaysia

TANJUNG SEPAT, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 781 kilogram sampah berjaya dikutip dalam tempoh dua  jam melibatkan 120 orang peserta sempena Program Tanggungjawab Sosial (CSR) ‘Beach Cleanup’ di Pantai Cunang, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Laut, Dato’ Baharin Dato’ Abdul Hamid, Jabatan Laut Malaysia (JLM) melalui Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) menganjurkan program ini sebagai langkah menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

“Program CSR ini dilaksanakan sempena sambutan International Coastal Beach Cleanup pada September setiap tahun dan diharapkan dengan usaha ini dapat menyumbang kepada kemakmuran alam semulajadi seterusnya meningkatkan kualiti persekitaran Pantai Cunang untuk manfaat masyarakat setempat,” ujarnya.

Turut hadir wakil dari Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Malaysia Shipowners’ Association (MASA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Aslli Tanjung Sepat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Pertubuhan Khazanah Marin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda