
Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)
IPOH, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Penganjuran sukan rakyat masih menjadi pilihan terutama di peringkat komuniti biarpun dunia kini merentasi perkembangan teknologi.
Pengerusi Koperasi Luar Bandar Parlimen Gopeng Datuk Hang Tuah Din berkata, penglibatan secara menyeluruh tanpa mengira usia dan kaum dapat dilihat ketara dalam sukan rakyat menunjukkan sukan ini masih diterima baik dalam masyarakat.
“Dapat saya katakan sambutan yang diberikan cukup menggalakkan dan semangat anak-anak muda ini yang bersungguh menjalani setiap aktiviti yang diacarakan amat dipuji.
“Pertama kali hadir ke sini dan menyaksikan sendiri kemeriahan sukan rakyat ini membuatkan saya teruja dan gembira dengan penglibatan semua,” katanya ketika merasmikan acara sukan rakyat sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Kepayang di Padang Awam Taman Raia Mesra, di sini, pada Sabtu.
-ZS-