Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Zon Maritim Labuan Sita Minuman Keras Tanpa Cukai

By 21 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/APMM Labuan (Labuan)

LABUAN, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Zon Maritim Labuan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minuman keras ke Sabah awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pada jam 1.00 pagi, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut telah mengesan sebuah bot yang bergerak daripada Labuan menuju ke tanah besar Sabah dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ingin diperiksa, bot berkenaan terus memecut laju menuju ke kawasan paya bakau di persisiran Mempakul, Sabah, pelaku berjaya meloloskan diri dan meninggalkan 1680 tin minuman keras yang dipercayai ingin dibawa keluar tanpa cukai daripada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.

“Bot dan muatan berkenaan disita dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut dan usaha mengesan pelaku yang memboloskan diri akan dilaksanakan,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

-ZS-

Tinggalkan komen anda