Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘Town Hall’ Bersama Masyarakat India Bincang Pelbagai Isu

By 21 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/M. Yamuna

TEMERLOH, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Program ‘Town Hall’ antara pemimpin setempat bersama masyarakat India di daerah ini membincangkan pelbagai isu tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, program dialog ini memberi ruang dan platform untuk mendengar luahan dan pandangan daripada masyarakat India.

“Antara isu yang dibincangkan ialah peluang pekerjaan dan aktiviti anak muda masyarakat India di daerah Temerloh,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Kawasan Lanchang.

Seramai 100 orang menghadiri program dialog berkenaan dan mengambil peluang untuk mengutarakan masalah dan pandangan masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda