
Laporan/foto: Zaidy Salim/KKMM
PUTRAJAYA, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini merasmikan bangunan baharu Media City, Jabatan Penyiaran Malaysia selari dengan kemajuan pesat bidang teknologi penyiaran serta standard penyiaran digital antarabangsa.
Pembangunan kompleks ini yang bermula sejak Disember 2016 dilaksanakan bagi memenuhi keperluan infrastruktur penyiaran yang berteknologi tinggi dalam aspirasi membangunkan perkhidmatan siaran televisyen digital.
“Dengan kos keseluruhan RM860 juta, kompleks ini meliputi pejabat dan ruang teknikal seluas 62,027 meter persegi, menyediakan sistem peralatan, teknologi dan pemusatan arkib bahan-bahan penyiaran.
“ia turut memiliki auditorium berkapasiti 1000 orang, rakaman studio muzik, studio latihan muzik, tiga buah studio TV, ruang parkir bertingkat dan plaza serta garaj kenderaan luar,” katanya di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ismail turut menamakan bangunan tersebut sebagai Angkasapuri Kota Media.
Turut mengiringi beliau Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa, timbalannya Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek serta mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim.
-ZS-