
Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)
KOTA TINGGI, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menawarkan diskaun saman trafik terpilih sebanyak 50 peratus bermula semalam hingga 2 Oktober ini.
Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat beberapa saman seperti melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan, memotong garisan berkembar dan ubah suai ekzos tidak layak mendapat diskaun tersebut.
“Semoga program yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan hubungan PDRM dan masyarakat yang telah terjalin sekian lama,” kata beliau ketika perasmian Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brothers Motor yang diadakan pada Jumaat.
Program yang diadakan di Tourist Information Centre (TIC) Kota Tinggi ini turut menyediakan acara lain seperti Pertandingan Motor Show dan pameran agensi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Pasir Raja Rashidah Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi Farhan Kasmunee, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora, serta ketua-ketua jabatan daerah.
-ZS-