
Laporan/foto: Krisha Selladuria
PONTIAN, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Bagi mencungkil bakat teater muda, satu persembahan teater bertajuk Eppa Pulau: Sebuah Tragedi telah dipentaskan kepada umum di Dewan Gemilang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Dr. Ismail, di sini semalam yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar sekolah MRSM tersebut.
“Pihak sekolah amat berbangga dengan bakat-bakat yang berjaya dicungkil pada malam ini. Semoga ini akan menjadi titik tolak kepada kelahiran bintang-bintang teater pada masa hadapan”, ujar Pn Shalina Binti Mohamed, pengetua MRSM Pontian.
“Teater ini merupakan lokasi keempat bagi sesi jelajah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah Pontian.
“Lakonan pelakon yang terdiri daripada pelajar-pelajar MRSM ini telah berjaya menambat hati lebih daripada 100 orang penonton yang turut hadir memenuhi dewan tersebut,” katanya.
-ZS-