Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penjagaan Kesihatan dan Kecergasan Tanggungjawab Kendiri

By 2 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 300 peserta telah menghadiri Program Sihat dan Cergas Komuniti Zon Tampoi di Taman Melur, Kempas, di sini semalam.

Menurut Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru Cik Hajah Norakmal Muhammad tahap kesihatan dan kecergasan perlu berada pada tahap optimum dengan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dan membuat aktiviti riadah setiap hari bagi memastikan individu yang sihat, aktif dan cergas.

“Konsep ‘Sihat Sepanjang Hayat’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menjadi cogan kata yang perlu ada dalam setiap individu bagi memastikan diri kita ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera sepanjang masa,” tambahnya lagi.

Antara pengisian program adalah senamrobik, gotong-royong ‘Johor Bersih’, sukaneka, pertandingan mewarna, saringan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan ziarah kasih.

Turut hadir, Pengerusi My Champion Merangkap COMBI Negeri Johor, Zahrin Saniman, Penggerak Komuniti Taman Melor, Rosli Abdullah dan penduduk setempat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda