
Laporan/ Foto: Judy Henry/Chua (Sarawak)
SERIAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Pengarah Penerangan Malaysia, Sarawak, Jaafar Jantan hadir merasmikan program Taklimat Isu-Isu Semasa anjuran Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (BGSPI) Sarawak bertempat di Dewan Masyarakat Serian, pagi tadi.
“Pelbagai strategi telah digariskan sama ada di peringkat persekutuan atau kerajaan negeri. Bagi Kerajaan Sarawak, BKSS 8.0 & 9.0 telah disediakan khas kepada rakyat Sarawak dengan memberi pelbagai pemberian bantuan khas dan kewangan bagi meringankan kos sara hidup rakyatnya terutama yang berpendapatan rendah.
Daripada diskaun bil elektrik, bil air, kadar cukai tahunan, diskaun sewa gerai PBT sehinggakan diskaun bahan binaan tambahan. Semuanya untuk membantu rakyat Sarawak untuk kekal survival dalam fenomena inflasi ini,” kata Jaafar.
-ZS-